Friday, September 23, 2011

Teori Evolusi Cinta


“Kalian asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke benda ini salah?” Tanya siti kepada rakan sebiliknya.
“kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun tak tahu?” balas Nur. Keras bunyinya. Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“alaaa, kami Cuma ulang kaji pelajaran. Bukan ada buat apa pun. Come on laaa!” Zul berasap telinga.
Bengang ditegur Farhan.
“kalau tak boleh macam ni, habis orang kat Makkah tu bercampur-aduk keliling Kaabah, engkau ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula ceritanya?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.
‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL
Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus merekakepada Allah. Namun, kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru, bolehlah dihujahkan dengan bijakkepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Firman Allah SWT
  
163. dan Bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar Yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, Yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

(al- A’araf:163)

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang digunakan Allah digunakan untuk MENIPU Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar-belit mencipta alas an untuk menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia. “asfalansaafileen(tempat yang paling hina)” kata Alquran.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu :
 
65. dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu Yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina".
(Al-Baqarah : 65)
Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain dengan cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang MALU yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinja-kinja dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.
BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah SWT mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya :

dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.
(Al-Ahzab : 53)
Kalimah mata’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat harian kita.

dipetik dari buku "Bercinta sampai ke Syurga" karya Ustaz Hasrizal

Sunday, July 31, 2011

Cerita Subuh

Petang itu, dia berdiri berceramah. Bicaranya hebat akan impiannya selama ini. Iaitu tertegaknya agama Allah di muka bumi. Beliau begitu bersemangat menghuraikan cita-citanya untuk menyaksikan syariat Allah menjadi pedoman dan dilaksanaan di seluruh alam semesta. Dia bertanya kepada hadirin:

‘mengapa umat Islam mengalami kemunduran?’
Mengapa mereka mengikuti konsep hidup umat lain?
Mengapa mereka merendahkan nilai agama mereka sendiri?
Mengapa mereka menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin?
Mengapa?..mengapa? …….dan mengapa?

Puluhan pertanyaan dilontarkan dalam ceramahnya yang sangat memukau. Dia melemparkan beban berat itu dia atas pundak para hadirin yang mengikuti ceramahnya. Lalu ia memaparkan pandangannya dengan panjang lebar, bak memberi dogma. Kemudian setelah mengemukakan penyelesaian dan kesimpulan, dia mengakhiri ceramahnya.
Selang sehari setelah itu, saya mencari sang penceramah itu di antara saf-saf jemaah solat subuh. Hairan! Saya tidak menemuinya. Saya bergumam di dalam hati, “mungkin penceramah itu berhalangan atau ada urusan yang tidak dapat dielak.” Saya pun beranjak pulang.

Hari berikutnya, di waktu yang sama, saya cuba mencari kembali di antara saf-saf jemaah solat subuh dengan harapan dapat menjumpainya. Namun, saya kembali kecewa. Sekali lagi saya tidak menemukannya. Saya mulai khuatir, mungkin dia ditimpa musibah.

Saya mengambil keputusan untuk mengetahui di mana tempat tinggal sang penceramah. Hingga pada suatu kesempatan saya dapat berjumpa dengannya. Lalu saya bertanya: “ apa yang terjadi? Mudah-mudahan yang menjadi penghalang anda adalah sesuatu yang baik. Saya kehilangan anda di waktu solat subuh! “
Dengan tenang dia menjawab tanpa rasa malu :

“ maafkan saya. Semoga Allah mengampuni saya dan mengampuni anda. keadaan saya agak susah. Awal pagi saya sudah mulai bekerja hingga menyebabkan saya tidur lewat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Saya terdiam dan bingung mendengar jawapannya. Benar-benar saya bingung. Saya bertanya dalam hati,

“Bagaimana mungkin agama Allah akan kukuh berdiri di atas muka bumi ini di tangan orang-orang yang melalaikan kewajipannya kepada Allah"

dipetik dari buku Misteri Solat Subuh oleh Dr. Raghib As Sirjani

Saturday, July 30, 2011

Saturday, July 23, 2011

Sakit itu Nikmat!

selalu rasa sakit? tak suka rasa sakit?

bersyukurlah kerana mampu sakit. tahukah anda ada sejenis penyakit yang tidak dapat merasakan kehadiran sakit?

Congenital insensitivity to pain with anhidrosis (CIPA) adalah gangguan yang amat jarang berlaku pada sistem saraf. CIPA  menghalang rasa sakit, panas, sejuk, atau mana-mana saraf senenar yang berkaitan dengan deria (termasuk rasa membuang air kecil), namun pesakit masih boleh merasakan tekanan. CIPA adalah jenis keempat neuropati keturunan deria dan autonomi (Hsan), yang dikenali sebagai Hsan IV. (Ia juga dirujuk sebagai Hsan Jenis IV). Seseorang dengan CIPA tidak boleh merasa sakit atau membezakan suhu lebih tinggi. "Anhidrosis" ertinya badan tidak berpeluh, dan "kongenital" bermaksud bahawa keadaan itu hadir sejak lahir.

di Amerika Syarikat, seorang gadis kecil telah menghadapi penyakit ini dan hidup secara normal. pada awalnya, orang tuanya tidak mengetahui penyakit yang menimpa anaknya sehingga pada suatu hari, mereka mendapati anaknya menjolok-jolok matanya yang gatal hingga berdarah sementara dia sama sekali tidak menangis. akibat insiden tersebut, anaknya gadis kecil tersebut menjadi buta dan terpaksa menggunakan kaca mata sebagai perlindungan.

ketika gigi gadis kecil ini mulai tumbuh, anak ini menggigit jari tangannya sehingga hancur. anak tersebut selesa dengan perlakuannya. tiada rintihan kesakitan yang dialaminya. sejak dari saat itu, ibu bapanya terpaksa mengambil keputusan untuk mencabut keseluruhan gigi anak mereka itu bagi mengelak perkara yang sama berulang.

nah, apa pandangan anda sekarang? haruskah anda membenci kesakitan? adakah anda merasakan kesakitan itu suatu musibah?

ketahuilah
SAKIT ITU NIKMAT!!
syukurilah apabila mendapat kesakitan,
kerana sakit itu kaffarah (penghapus dosa) bagi mereka yang beriman.

tapi, ini sakit yang datang sendiri.
bukan anda yang cari penyakit. ^_^
 wALLAHu a'lam

Wednesday, July 20, 2011

Satu Cinta

Cinta.
Aku dah bosan dengan cinta. Ada apa dengan cinta? Keindahan? Kebahagiaan? Keseronokan? Ah! Itu semua palsu! Tiada yang ku jumpa dengan cinta melainkan kejelikan, kesengsaraan dan keresahan. Bahkan lebih dari itu. Aku benci cinta. Aku sudah serik bercinta. Apa yang dilakukan selama bercinta ku rasa sia-sia. Bermanja? Bermesra? Berkasih-sayang? Semua itu tipu! Pergi mampus kau cinta. Orang yang bercinta semuanya berdrama. Tak ada dalam kalangan mereka yang bahagia. Tiada yang merasai akan seronoknya cinta. Itu adalah drama yang tak kan kekal selamanya. Aku telah berusaha menjaga cinta. Tapi ternyata aku telah dikhianati cinta. Cinta adalah sandiwara manusia.

Cinta itu fitrah.
Memang benar cinta itu fitrah. Tapi, adakah kesusahan dan kesengsaraan fitrah manusia? Mustahil! Cinta mendera kehidupan saya. Inikah fitrah? Siapa lari dari fitrah ni? Saya atau kamu?

Cinta perlu kesabaran.
Sabar? Aku manusia biasa. Setiap manusia ada tahap kesabarannya. Sampai bila aku perlu bersabar? Sampai aku mati? Kalau dah mati, bagaimana aku nak rasa bahagia dengan cinta?

Cinta mementingkan kejujuran dan kesetiaan.
Aku dah jemu dengar perkara ini. Jujur dan setia adalah omongan kosong. Di depan sumpah setia tapi di belakang dia curangi aku tanpa curiga. Manis bicara memujukku apabila merajuk. Cakap aku ini intan permata, tiada yang sempurna dan dicintai selain aku. Tapi bila dah jumpa yang lain, aku ini ibarat intan yang tak berjenama dan serba kecacatan. Inikah setia? Inikah kejujuran?

Berkorbanlah demi pencintaan, nescaya kamu akan rasa kemanisannya.
Setiap hari aku telefon dia. Tak cukup dengan telefon, aku hantar mesej. Apabila dia tak berteman, aku batalkan semua rancangan hanya untuk menemani dia. Tatkala dia punya masalah aku cuba menjadi hero untuk selesaikan masalah dia termasuk masalah peribadi. Tak cukupkah pengorbanan yang aku curahkan? Mana kemanisannya? Ini bukan manis. Tapi pahit. Bukan sahaja pahit tapi kelat.

Cinta adalah inspirasi hidup insan.
Bohong! Kalau cinta itu inspirasi insan, maka aku akan berjaya. Tengoklah aku ini. Duit berjuta rupiah. Rumah belasan tingkat. Namun, ku tak dapat rasa kejayaan yang telah aku cipta. Cinta pemusnah hidup insan. Ini yang sebetulnya.

Cinta itu buta.
Memang betul. Aku sokong sepenuhnya pernyataan ini. Cinta membutakan mata manusia akan kejelikan cinta sehingga manusia berpura-pura bahagia. Cinta itu bukan sahaja membutakan mata manusia bahkan menyebabkan otak manusia gila dan menjadi bodoh akan kebahagian yang sebenar, pekak mendengar nasihat orang,. Sudahlah! Aku benci cinta. Aku anti cinta. Tak perlu berdalih lagi. akuilah bahawa cinta perosak,pembunuh dan pengkhianat. Usah menegakkan benang yang basah.

Salah bercinta
Kau ingat aku sudah bodoh. Kau ingat aku tak tau apa itu cinta? Aku manusia yang masih berfikiran waras. Aku telah bercinta dengan insan yang bernama wanita. Salahkah aku, sebagai lelaki mencintai wanita? Aku bukannya meminati laki-laki. Aku tak lari dari fitrah. Aku bukannya bercinta dengan binatang. Salahkah aku?

Memang salah! Izinkan ana pula bercakap. Kau salah bercinta. Kau perlu tahu cinta itu banyak. Bukan satu tapi berjuta. Dalam jutaan cinta itu, kau perlukan satu cinta sahaja. Dengan satu cinta, maka kau akan dicintai jutaan cinta. Jutaan cinta akan hadir tanpa dipinta. Kejarlah satu cinta itu, nescaya kau akan kenal cinta yang sebenar.

Oh ya? Usah kau bohongi aku. Usah kau bergurau dengan ku. Mana mungkin dengan satu cinta ku dapat jutaan cinta. Kau masih normalkah?

Duhai saudaraku, aku tak perlu jawab soalan kau itu. Bila kau dengar penjelasan aku ini, maka kau akan tahu siapa sebenarnya yang normal atau sebaliknya.

Baik. Silakan. Jangan kau buang masa aku

Satu Cinta
Satu Cinta yang sentiasa memberi tanpa diberi. Satu Cinta yang tidak memerlukan orang mencintainya tetapi dia tetap mencintai. Darinya,pemberian yang menggunung tinggi, kebahagian yang kekal abadi. Di hadapan manusia biasa mungkin mereka fikir kita derita, tapi dihati, sentiasa rasa indah tanpa rasa gusar. Diri terdorong rasa ingin susah. Kerana kesusahan itu merupakan jalan untuk mendapat kemanisan dari satu cinta. Satu cinta yang menunaikan janjinya. Dengannya kau akan rasa tenteram dan tenang. Satu cinta yang menyebabkan engkau kembali kepada fitrah. Fitrah insani. Fitrah yang membahagiakan bukan menderitakan sepertimana yang kau cakapkan. Satu cinta yang memestikan dugaan datang. Maka kesabaranmu diperlukan kerana satu cinta itu ingin melihat keikhlasanmu terhadapnya. Kesabaranmu akan dihargainya dengan hadiah yang tak diduga. Kejujuran dan kesetiaanmu tak akan dipersiakan kerana itu semua dalam pengetahuannya dan akan dibalas berdasarkan apa yang telah dicurahkan bahkan lebih dari itu. Maka, selayaknya Satu cinta dijadikan inspirasi hidupmu. Satu cinta yang telah menetapkan matlamatmu untuk berjaya. Tatkala kau lemah tak berdaya, kalamnya sentiasa ada menguatkanmu. Tatkala kau buntu, dia memberi jalan yang harus dituju. Dikala resah, mengingatinya sudah memadai untuk menenangkan jiwa. Satu cinta yang menyebabkan engkau celik akan cinta. Bukan buta terhadap cinta. Satu cinta adalah cintakan ilahi!.
Saudaraku, Cinta itu suci. Jangan kau kotori dengan nafsu yang ada di dalam diri. Tunaikanlah hak cinta! Jangan zalimi cinta. Letaklah cinta di tempat dan masa yang sepatutnya. Wallahu a’lam

Penenang Jiwa